Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...
SAHABAT..
satu perkataan yang membawa seribu erti :)
bermacam-macam definisi.. tetapi yang penting,ianya membawa makna bererti bagi tiap-tiap insan yang pandai menghargainya..
tidak kiralah anda memanggil rakan,kawan,sahabat,friend,dan sebagainyalah...
yang penting sekali,diri anda sendirilah yang memberi maksud apakah dia..
betulkan??
itu pendapat dayahlah..
sahabat atau kawan adalah insan yang terpenting dalam hidup kita selepas ayah dan ibu serta keluarga.
Mereka boleh diibaratkan kaki dan tangan kita :)
jika kaki kita tiada,maka akan lumpuhlah seluruh badan kita.
jika tangan pula tiada.maka akan kudunglah kita dari membuat sesuatu perkara..
terkapai-kapailah kita kelemasan untuk mencari ruang untuk hidup. *cewah*
oleh sebab itu,hargailah persahabatan yang terjalin ini..
eratkanlah kasih sayang diantara kalian..
penuhkanlah dengan bunga-bunga cinta :)
mudah-mudahan berada di atas landasan yang membawa kita ke syurga yang hakiki kelak.
terimalah diri mereka seadanya.*termasuk diri ini*
terkadang,hubungan ini akan ada hujan dan badai yang melanda,
"kusangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari"..
janganlah cepat melatah..OpOCOOooott!!
kadang-kadang tu,adatlah~hehe
gurau-gurau manja...
ini dalam konteks sama jantina yer;)
diri ini pernah saja berada dalam situasi ini..
pernahlah hingga tidak bertegur sebulan lamanya..
Astagfirullah! terukkan??
*sekarang dah insaf :(*
jangan cepat nafsu amarah mengawal kewarasan akal kita..
no! no! no!
patutnya kita selidik dulu..tak kiralah caranya~
asalkan masih dalam keredhaanNYA :)
*orang yang jahat pon nak jugak jadi baik... betulkan??*
jika ingin menceritakan tentang sahabat,pasti sampai ke subuh esok pagi takkan sudah punya..
cukup di sini sahaja,keranan pasti diri ini akan menaip perkara yang lebih kurang sama di kemudian hari..inshaAllah jika diberi peluang hidup di muka bumi ini..
diri ini bukanlah seorang kawan yang baik,malahan sahabat yang setia pun bukanlah saya juga..
diri ini hanya insan yang mengharap insan lain menerima diri ini seadanya..tiada yang hebat tentang diri ini... :)
sesungguhnya Aku Hanya Insan Biasa...
*BERSAHABAT KERANA ALLAH PASTI AKAN MERASA MANISNYA HIDUP INI,
SEMOGA JALINAN INI MEMBAWA KITA KE SYURGA SANA :)*
INShaAllah...