Saturday 5 October 2013

coretan malam

assalamualaikum dan salam sejahtera...

akhirnya dapat juga aku menulis...YEAH!!

almaklumlah, sibuk memanjang.. haha

baru kali ini berkesempatan menjengah dan menyapu sedikit kekotoran dalam ruang blog ini.. kuikui~

sebenarnya banyak benda nak coret kat sini.

tapi terlalu padat dalam otak sampai tak tahu nak mula tang mana..tang sana,situ,sini,sinun, bla..bla..bla


tapi satu perkara yang nak aku ingin sampaikan,
aku nak minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang mengenali diri aku ini ..
andai apabila korang tahu sesuatu tentang aku.....
sesuatu perkara yang aku sendiri rahsiakan.. 
harap korang tak berkecil hati mahupun  berbesar hati.. hehe~

diri ini bukan mahu memohon simpati tetapi memohon pengeritan yang amat mendalam...

aku insan yang serba kekurangan...

kadang-kadang senyuman yang dibiaskan bukanlah senyuman yang asli... 
semuanya sekadar untuk menutup rasa gundah yang menyelubungi diri...


aku harap ukhwah antara kita  bina selama ini tidak akan terputus walau apapun yang terjadi...

semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.. aku tahu Allah tidak akan menimpakan kesusahan, kesulitan mahupun musibah ke atas hambanya melebihi batas had kemampuan hambanya itu..

aku tahu Allah Maha penyayang..

dan lagi satu, 

aku sebagai seorang wanita dan perempuan, *cewah!
ingin menegaskan bahawa kaum-kaum hawa diluar sana, 
jagalah batas pergaulanmu,
kamu yang bernama wanita ini makhluk tuhan yang paling istimewa,
justeru itu,
jika engkau sayangkan ayahmu, abang-abangmu, dan saudara lelakimu,
tutuplah AURATMU...
sesungguhnya wanita solehah itu akan dapat first class kot...


kesimpulannya,

aku bukanlah warak bahkan bukan juga dikategorikan sebagai wanita yang baik-baik...
aku juga punya kelemahan diri,
aku sedang berjuang untuk memperbaiki diri,
memang agak payah untuk terus 'beristiqomah',
untuk itu,
marilah kita bersama-sama berganding bahu,
saling doa mendoakan untuk perubahan ini.

PEACE YO!

wassalam....