Friday 18 January 2013

PENYEJUK JIWA ,PENENANG HATI



Ibu,

Satu  perkataan  yang  sungguh  pendek  tetapi  membawa  seribu satu  makna   dan  rahsia,

Hatimu sungguh mulia sekali,

Walaupun hidupmu sering dicerca,dihina, dan dimaki,

Tetapi engkau hanya tersenyum kembali,

Ibarat batu keras besar , kaku ,dan  terus teguh tanpa berperasaan lagi……



Tetapi……

Aku tahu, jauh disudut hatimu itu terselit  jua  rasa kecewa  dan  hampa,

Bagaimanakah  mungkin??

Orang  kau sayangi, yang kau cintai,

Mengkhianati mu!!

Sungguh besar dugaan yang menimpa dirimu,

Aku disini ,hanya mampu melihat tanpa mampu membuat,

Aku disini ,hanya mampu mendoakan dan terus memberi  kata-kata semangat,

Aku tidak kuat sepertimu,

Aku juga tidak segagah sepertimu, wahai ibuku,

Aku juga tidak setabah sepertimu…….



Biarlah cerita ini menjadi pengikat diantara kita,

Kau adalah nyawaku,

Kau adalah jantungku,

Kaulah jua segalanya bagiku,

Ku harap kau jualah ibuku  didunia dan diakhirat kelak,

Tiada sesiapapun yang boleh menandingimu,

Kasih sayangmu sungguh suci dan agung,

Tiada yang lebih bermakna dalam hidupku ,

Selain anugerah terindah  yang dikurniakan oleh Tuhanku,



Iaitu……

IBUKU…….

Thursday 3 January 2013

1/3/2013

Selamat malam dan selamat malam :D

Assalamualaikum...

perrghh, entri pertama untuk tahun 2013 nih...

padahal benda yang nak diceritakan ni cerita tahun lepas punye...hehehe ;p

cerita yang penuh pengajaran....peringatan untuk diri sendiri..

seyez ni seyez...

berlaku dalam bulan 12 ni, akhir-akhir bulan...






tak tau mcm mana nak mula, sebab bila teringat memang menikam menusuk ke kalbu...
 sobsobsob....

sebab diri ini juga tergolong dalam kalangan yang hanya melihat tanpa melakukan apa-apa...


Suatu petang  yang cukup suram dan muram... yelah hujan lebat+kilat+guruh baru lepas  mengeluarkan amarah yang amat sangat....
Sampai kami tersangkut dekat dewan serbaguna melati dalam lebih kurang setengah jam nak tungguh teduh  nya....walhal nak pergi bus stop mawar yang sejengkal ciput jer depan tu je lagi...yelah kan, "mencegah lebih baik dari mengubat".. *paham-paham ler sendiri*

Okey, kemudian, naiklah kami bas rapid yang serba comel dan sejuk! aceh!!! 
Nak poie KL sentral sobona ea... nak balik ngumah hah....*study week.

Dah sampai tu, turunlah kt tempat bas biasa turunkan orangkan... alah,korang mesti tahu kan? kan??

Masa jalan nilah... aku, yan,dan azwa ada terserempak dengan tiga hamba Allah ni. Mereka ni asyik melambai-lambai tangan sahaja kat  tepi jalan raya yang sudah semestinya sesak dengan kenderaan. Dahler hujan renyai-renyai...

Yang sayu hati ini, tiga orang hamba Allah ni semuanya Buta.. bertongkat ...korang tahu x macam mana rasanya aku masa tu?  aku hanya berhenti tapi teragak-agak untuk tolong????? korang tahu tak betapa terkilannya diri ini sebab  kaki ni tidak berjalan terus untuk ke arah pak cik tu???? sedih yang amat sangat :( 

Yang bertambah sayunya hati ni, walaupun dah cuba banyak kali untuk cubaan menahan teksi dengan kudrat mereka sendiri, tidak ada sebuah pon yang berhenti.......Tapi!!!!! aku amat kagum dengan mereka bertiga kerana mereka dapat mengenal pasti bunyi teksi... sebab, setiap kali pak cik tu melambaikan tangan, pasti yang dituju lambaian tu adalah teksi... *Saya tabik dengan pak cik.... 

Cuba korang bayangkan,itu adalah korang??? Apa perasaan korang????mampu tak korang?? 


Alhamdullilah, korang tahu tak siapa yang berhati mulia yang tolong pak cik-pak cik ni??
Aku sendiri amat kagum dengan 2 orang hamba Allah(lelaki) ni..Walaupun luaran mereka macam gengster kampung pisang dan rambutnya........
Tapi hati mereka baik!  Mereka tanpa segan dan silunya pergi ke arah pak cik-pak cik tu ,bertanya....(dalam hujan renyai-renyai). Serius, aku menangis!!!! 

Ya Allah......... betapa aku yang ada paling dekat dengan pak cik itu pun tidak mampu untuk menolong :(
betapa berdosanya aku....

Walhal, masa aku dan kawan-kawan turun daripada bas tu, teramatlah ramai yang turun.Faham-fahamlah apa yang cuba aku cuba untuk sampaikan. Baik yang ala-ala ustaz,ustazah,orang yang lebih sopan,berpendidikan pun hanya  lalu macam tu sahaja. Mungkin mereka tidak nampak apa yang kami nampak.*tak baik berburuk sangka kan???
husnuzhon....


Wallahualam....




Kesimpulannya: janganlah kita menilai seseorang dari luarannya sahaja yer... 
              Sesungguhnya Allah itu lebih tahu apa yang ada dalam hati tiap-tiap makhluk yang diciptaNya.



#DOAKAN KAMI YANG SEDANG PERTEMPUR DALAM PEPERANGAN FINAL EXAM... SEMOGA SEMUA URUSAN DIPERMUDAHKAN.AMIN....#