Monday 26 November 2012

harI ini

Assalamualaikum  :)

wah,dah hampir bersepai dah blog ni..hehehe~

x terurus!

tuan badan sibuk ..cehh... almaklumlah,lagi 3 minggu jer nak habis sem 1..lepas tu ,kena pulun habis-habis untuk final yang tak lama lagi nak menjengah...

memang banyak perkara yang dah berlaku sekarang ni kan??

 keganasan semakin berleluasa,

yang lemah ditindas,

yang kuat mula menunjukkan taring,
*kalah raja bersiung =,=

yang benar dikata dusta,

yang dusta dikata bagus....

dunia akhir zaman..



ingatlah,dunia ni makin tua.
 aku juga tergolong dalam umat akhir zaman...

sudah sediakah kita???






p/s: doa senjata mukmin :) 
selalu..selalu.. dan selalulah berdoa..
.mereka adalah saudara kita...

Allah itu maha mendengar :)




Tuesday 6 November 2012

membebel :)


Salam:)
long time no see..ahha!
dayah sibuk giler-giler skrg ni...kalah PM kita tau...haha
biaselah,dah jadi tugasan jadi seorang pelajar...kerjanya adalah belajar....

banyak kerja dengan assignment, presentation,kuiz, test...
bilalagikan kita nak merasa kalau bukan sekarang kan??
eerrmm,sok sok kalau dah keje dah x merasa dah....
tu sebab,apa-apa pun yang terjadi sekarang ni...redah aje!
Go Go!!!

pengalaman tu yang penting....
belajar tu merupakan satu jihad....ingat tu~ belajar kerana Allah,bukan sebab nak dapat nama...
ikut jalan lurus,jangan bengkok-bengkok...nanti pening kepala padan muka~
haha...


cehhhhh.....
sumber:buku:)
oklah...makin bertambah merapu yer blog ni makin lama...
mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki....
jom sambung buat kerja yang tergendala ni....haha
wassalam...

<--------------pesanan sampingan..hehe~

Thursday 18 October 2012

TUmblR :D

bismillah :)

salam Khamis !

ahha!

ari ni nak berkongsi sedikit gambar2 yang memang terus menusuk kekalbu bila kita tahu menafsir kata-kata disebaliknya :)

seyez ni seyez!

sebab,kebelakangan ini memang banyak perkara diluar ....actually yang dayah x terfikir langsung berlaku~

hanya tuhan sahaja yang tahu apa perasaan orang-orang yang berada dalam situasi ini...

gambar-gambar dayah ambil daripada tumblr dayah yang dayah reblog daipada sahabat-sahabat tumblr yang lain..

terima kasih!

*ayat putat-putar belit... :p

moh! dayah nak tunjuk satu2...

medium gambar ni rasanya lagi senang difahami kot.KAN??



mengenai gambar di atas,apa perasan kalian?

benda ni memang rumit untuk dijelaskan...*cewah!!

...........................................................................

senang cerita,hati dan perasaan orang jangan sesuka hati nak buat main...ko ingt ni barbie doll nak main pas2 kat orang lain??? 
hempuk kepala nak???haha...

renung-renugkan dan selamat beramal :)
gambo ni plak dayah bukan nak kata jiwang-jiwangan.... tapi,pernah rasa kan??
KAN???KAN???

x pe,xpe...

"Allah is the best Creator! And HE knows everything :)"

 ^
|
|
|
jalan penyelesaiannya di atas


INSyaAllah :)

trust HIm!!!

p/s:tengah muhasabah diri yang dah sedikit tersasar jalan....


sekian...

Friday 5 October 2012

AS 231 =)

Assalam...

wah! dah lame x tulis menulis...

biasa hanya bukak dashboard and then katup balik...

hari ni nak crita pasal coursemates la plak~

comel-comel,molek-molek gitu~

seyez ni! x der tipu-tipu ni..

apatah lg typo!BUKAN!!

hahaha...

kiteorang adalah dalam bilngn 35 org kot..

lupelah!

tp,majoritinyer kaum hawa*bngge sekejap*

kumbangnye bape yer??
*sumpah x ingt*

harap maaf..

dayah hanya ingt muka2nye sahaja...

apa-apa pun dayah puji gila dengan sikap-sikap mereka..

kami saling melengkapi!*ayat nk bombastik!*

macam adik-beradik..

macam-macam ragam,

kerenah,

fe'el..

tapi,benda itulah yang menjadi warna-warni dalam sebuah ikatan persahabatan yang akan terjalin selama 3 tahun
*inshaAllah*

gambo curik2 ni..mohon tuannyer tidok marah yer~
*tp,x semua ada lah:(*


daiman abadan abada!



Saturday 22 September 2012

CoretAn

 kau ibarat bintang yang menyinari kegelapan malam..

memberikan ketenangan bagi tiap-tiap mata yang memandang...

indahmu amat mempesonakan jiwa...

kilauanmu mengkagumkan pandanganku..

tetapi,


cukup sekadar ianya antara Dia, kau dan aku...

tiada yang lain...

biarkan ia menjadi rahsia kita berdua...



aku ingin menjagamu..

aku ingin mendampingimu...

kaulah umpama nyawaku..

jika engkau tiada,
maka tidak berertilah hidupku ini...

gelaplah duniaku...

malaplah...

kosonglah...

..............................................................................................................



*coretan di kala senja menghampiri pelabuhan :)*

tiada kena mengena di antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia....

Friday 21 September 2012

Future :)

bismillah...

hah! apa kabo orang kampong??

haha...harap2 anda semua sihat-sihat belaka...

hari ni macam tergerak lak hati nak tulis mengenai cita-cita~

eerrmmm....

korang semua mesti ada pasang cita-cita kan?

paling kurang pon mesti satulah...

kalau cita2 yang lain maksudnya tu,baik cepat-cepat beristigfar panjang-panjang~

LOL!

macam ni alkisahnya bermula....

dulu2, masa kecil-kecil,mesti cikgu kat tadika ada ajar kita...

murid-murid! nanti dah besar..kamu nak jadi apa??

mesti ramai jawab nak jadi cikgu,doktor,polis, tentera...dan macam-macam lagilah~

tak terkecuali diri ini...

kalau tak silap dayah la kan, masa kecik dulu, dayah ada tulis kat dalam satu buku tu...banyak betul cita-cita~

hahahaha....

biarlah rahsia~ hehee...

tapi,inshaAllah...antara salah satu tu akn jadi kenyataan~

doakanlah bersama-sama yer...


kadang-kadang tu apa yang dicitakan tu,tak semua akan dapat kan??

bahkan dapat yang kita betul-betul tak nak~

hah!amik kau!

tapi,
yakinlah denganNyA :)

pasti ada sebab dan musababnya...

apa-apa yang telah ditetapkan olehNya adalah sangat teratur dan unik mengikut alirannya...




eerrmm,dulu cita2 nak jadi doktor...

banyak sebabnya kenapa nak jadi doktor ni...

doktor pakar kanak-kanak..

almaklumlah,suka budak-budak~ *ceewwaahhh*


hahaha...

sebab yang tak boleh nak lupa sampai sekarang.... nak sama2 jadi "doktor"dengan beliau~

amat lucu bila teringat balik kisah dulu-dulu ni...

tak pa lah, beliau-beliau tu biarkan cita-cita anda untuk menjadi seorang doktor kesampaian! belajo rajin-rajin yer ><

capai cita-cita tu sebaik dan semantap yang mungkin!

dayah sentiasa mendoakan....


dayah pula akan meneruskan cita-cita yang sekarang ini..InshAallah :)

yang pasal kanak-kanak tu,ada terlintas di hati..

teringin  sangat nak bukak tadika~hehe..






ok lah, nanti-nanti la sambung dan bebel pasal benda ni~

Wassalam...




Thursday 20 September 2012

mix feelings~

bismillah..

eerrmm, rasa macam dah lama dah tak hupdate hupdate blog sendirik ni....

almaklumlah, dah makin sibuk mengalahkan seorang suri rumah yang berjaya lah kononnya..

hahaha....
apa nak buat kan, itulah yang harus ditempuh apabila menyandang jawatan sebagai seorang PElajAr.. :)

seriously, rasa macam nak terjun  dalam kolah ala-ala pelagak ngeri kejap..haha~

kawan-kawan, 
tolong jangan pandang serong terhadap saya yer ><
tolong.......
merayu ni...

saya insan yang kerdil lagi banyak kekurangannya..
jangan buat saya begini....


*sedih tak ayat kat ats ni???*


Tuesday 11 September 2012

BegiN


bismillah~

a new life begin....
*acece*

i have to proceed it...
with pain and wonderful moment-to-be

because i want....
to be the usefull person in the next generation.*haha*

i have to stay strong !!
*stay tuned*

~when you are study something benificial,you are closely near to your Creator~


"everywhere I go,
people want to know,
Who i Am??
I am hidayah...
Hidayah..hidayah..hidayah"

*without any feelings at all*

*no riak,ujub and takbur*
come on guys!!!
lets together,
"mengubah destini anak bangsa" :)













insyaAllah...

Thursday 30 August 2012

OGos ;)


Bismillah...

ohooiiii!!!

fufuhhh......~~
rasa macam dah lama kot tak menulis kan? sebelum terlambat, nak ucapkan
SELAmat HAri RAya! ;) Maaf ZahIR dan BAtin..
raya 2012

raya tahun macam biasa la kat Johor.KAmpung mak tuk dan atuk kat sana :)
ada family day(belah ayah) jugak tau! seronok!
dan tahun ini memang ada perkara yang berlaku macam dalam novel!

okey, biarlah tuan badan dan seangkatan saja yang tahu~

esok sudah JUmaat,SebtunyA dah berangkat dah..
*macam jauh jer kan bunyik*

betulkan niat,hati dan sewaktu denganNYa bagi memudahkan proses pebelajaran dan pengajaran yer!

inshaAllah..
kepada kawan2, selamat menyambung bergolek-golek jadi burung hantu yer ;)

chaiyok!!!!!!
hehehe...

Tuesday 14 August 2012

Hargailah Cinta ITu (bhgian 2)

BIsmillah :)

apa khabar? diharap korang sihat walafiat sentiasa...

*nanti lpas puasa boleh sambung gaduh balik! hehe :)*

tengok tajuk mesti dah tahukan apa yang akan dibebelkan petang ini
*ceewwaah*


sahabat yang amat eden sayangi,

"aku amat mencintai engkau keranaNYA :)"

ukhwah fillah abadan abada...

aku ingin menghiasi hubungan kita ini dengan warna-warna cinta!
aha!

seperti tulisan yang ditaip ini,penuh warna warni,baru hidup ini bererti..
inshaAllah~

semoga Allah memberkati hubungan kita semua.Amin...

p/s: terima kasih Arina untuk gambar ini :D


Sunday 12 August 2012

Hargailah Cinta ITu


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...


SAHABAT..

satu perkataan yang membawa seribu erti :)

bermacam-macam definisi.. tetapi yang penting,ianya membawa makna bererti bagi tiap-tiap insan yang pandai menghargainya..

tidak kiralah anda memanggil rakan,kawan,sahabat,friend,dan sebagainyalah...

yang penting sekali,diri anda sendirilah yang memberi maksud apakah dia..
betulkan??

itu pendapat dayahlah..

sahabat atau kawan adalah insan yang terpenting dalam hidup kita selepas ayah dan ibu serta keluarga.
Mereka boleh diibaratkan kaki dan tangan kita :)

jika kaki kita tiada,maka akan lumpuhlah seluruh badan kita.
jika tangan pula tiada.maka akan kudunglah kita dari membuat sesuatu perkara..
terkapai-kapailah kita kelemasan untuk mencari ruang untuk hidup. *cewah*

oleh sebab itu,hargailah persahabatan yang terjalin ini..
eratkanlah kasih sayang diantara kalian..
penuhkanlah dengan bunga-bunga cinta :)
mudah-mudahan berada di atas landasan yang membawa kita ke syurga yang hakiki kelak.
terimalah diri mereka seadanya.*termasuk diri ini*

terkadang,hubungan ini akan ada hujan dan badai yang melanda,
"kusangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari"..
janganlah cepat melatah..OpOCOOooott!!

kadang-kadang tu,adatlah~hehe
gurau-gurau manja...
ini dalam konteks sama jantina yer;)

diri ini pernah saja berada dalam situasi ini..
pernahlah hingga tidak bertegur sebulan lamanya..
Astagfirullah! terukkan??
*sekarang dah insaf :(*

jangan cepat nafsu amarah mengawal kewarasan akal kita..
no! no! no!
patutnya kita selidik dulu..tak kiralah caranya~
asalkan masih dalam keredhaanNYA :)

*orang yang jahat pon nak jugak jadi baik... betulkan??*

jika ingin menceritakan tentang sahabat,pasti sampai ke subuh esok pagi takkan sudah punya..

cukup di sini sahaja,keranan pasti diri ini akan menaip perkara yang lebih kurang sama di kemudian hari..inshaAllah jika diberi peluang hidup di muka bumi ini..

diri ini bukanlah seorang kawan yang baik,malahan sahabat yang setia pun bukanlah saya juga..

diri ini hanya insan yang mengharap insan lain menerima diri ini seadanya..tiada yang hebat tentang diri ini... :)

sesungguhnya Aku Hanya Insan Biasa...

*BERSAHABAT KERANA ALLAH PASTI AKAN MERASA MANISNYA HIDUP INI,
SEMOGA JALINAN INI MEMBAWA KITA KE SYURGA SANA :)*

INShaAllah...

Wednesday 8 August 2012

PAstI !!


"malam ini aku menitiskan air mata untuk tah keberapa kali...

sendu rasa hati ini bila mengenangkan diri ini..

terlalu banyak dosa yang dilakukan..

andai diri aku menghadap Illahi terlebih dahulu,
sudah cukupkah amalanku??

semestinya tidak...

aku insan kerdil yang senantiasa melakukan kesilapan dan dosa..

terkadang-kadang aku sendiri tidak sedar..

mak,ayah..
jika satu hari nanti akak pergi meninggalkan kalian,
janganlah kalian sedih dan meratapi..

tetapi,iringilah anakmu ini dengan senyuman :)

akak redha..

akak lebih rela begini..

Ya Allah, jika suatu hari nanti aku dipanggil menghadapMu terlebih dahulu,
lindungilah kedua ibu bapaku,adikberadikku,keluargaku,sanak saudara serta umat islam sentiasa berada di bawah lembayung rahmatMu..

limpahkanlah Kasih dan SayangMu.."

-akuhanyainsanbiasa-


*sekarang ini sudah tinggal penggal terakhir ramadan..

malam di mana turunnya Lailatul Qadar :)

malam yang lebih baik dari seribu bulan...

rebutlah malam ini...

*Ya Allah,sesungguhnya aku amat bersyukur kerana Engkau telah menyedarkan aku daripada terus tertidur.Sesungguhnya,kepadaMulah tempat aku kembali dan kepadaMu jualah tempat aku minta pertolongan.Bimbingilah insan yang serba hina ini,Ya Allah*


Amin,Amin ya rabb..

*jadi,selagi diberi peluang ini,ayuh bangkit!!!!
jangan pernah disia-siakan...
Allah kan Sayang kita semua :D



Tuesday 7 August 2012

di pertengaHan?? O.o

Assalamualaikum...

hohoi...dah lama jugak la dayah tak update belog ni..

satu perkataan yang tak boleh dipisahkan dari dayah iaitu.."MALas"

hehehe..

wah,kejap kan masa berlalu?

sedar tak sedar,kita dah tinggal berapa hari lagi jer nak berpuasa..

macam mana puasa tahun ni kawan-kawan??

mesti membawa seribu satu makna kan?
kan??

tipu la tu kalau kata tak da pape pon..

sebelum terlupa,

dayah nak ucapkan tahiah kepada Datuk Lee Chong Wei..
kerana menjadi orang pertama yang membawa balik pingat ke Malaysia..

memang struggle gila DLCW masa lawan dengan LD..

dayah tabik la...

TAhniah!




sebenarnya,
dayah rindukan seseorang..

rindu sangat...

hampir setahun lebih tidak ketemu..

mungkin kalau jumpa pun mesti mereka-mereka ni dah malu kot nak berjumpa dayah..

eerrmm...


nak wat cam ne..
budak-budak...

hahaha....

dayah doakan mereka-mereka ini sihat membesar di samping keluarga tersayang..

inshaAllah :)







percaya tak korang, kalau dayah kata..

masa ni,dayah la jadi taiko kat budak bernama "iman rania"
ni berposing gila-gila.

okey,memang tak matang langsung..

hahaha..

ni lah salah satu contohnya :)















seterusnya,

hah..nama dia muaz iskandar.

sedapkan?? seindah maksudnya juga :)

budak ni pun penah kena hacked dengan dayah.

haha..

memang kena dengan sikap dia yang ke"bega-begaan"



*nilah antara kenangan dayah masa penah bekerja di

CIC,Taman Impian Putra,Bangi,Selangor...2011

*sekarang mereka berumur 4tahun


dah nak berbuka,Selamat ber"iftar"
wassalam

Thursday 26 July 2012

suatu malam


Assalamualaikum =)

selamat malam...

salam Ramadan Kareem!!

bulan yang penuh barakah...

bulan turunnya Al-Quran..

bulan yang mulia...

tetapi.........


bulan yang paling banyak dugaan bagi ana..

Allah...(mengeluhkah ana??)

disaat ini hanya kesabaran yang tinggi perlu ada dalam diri ini..

masihkah ada??

ana tahu semua ini usikan halus nafsu!


pepergghhh....

terasa diri ini tidak cukup kuat untuk melawan hawa nafsu...

sedih =(

subhanallah...
walhamdullilah..
allahuakbar...

doakan ana untuk terus bersabar...berada di atas paksi kewarasan...

inshaAllah...




wassalam.....

Thursday 19 July 2012

DUpDAPDUPdap

Assalamualaikum...


I HAVE NO IDEA ^____^

!@#$%^&*(()_())



RAMADHAN KAREEM IS AROUND THE CORNER....

ARE WE READY????



"RENung-reNungkan daN Selamat MEnunaikaN IBAdah PUasa"

Saturday 14 July 2012

Alhamdullilah =)


urusan seri paduka baginda..

ehhhhhh.....

Assalamualaikum...

hai!

alhamdullilah..alhamdullilah...alhamdullilah..

akhirnya,penantian yang panjang berakhir juga =D

keputusan UPU untuk menyambung pelajaran dalam peringkat ijazah pertama sudah selamat keluar semalam...

memang jodoh dayah dengan UiTM kuat!
haha...

masa asasi dayah di uitm,
masa degree juga dayah akan berada di uitm..

alhamdullilah...dayah dapat kos yang dayah nak sangat!
syukur!
"ijazah sarjana muda serta kepujian sains (fizik industri)"

jangan tanya kenapa dan apakah yer...
hahaha..

apa-apa pun...

UiTM dihatiku..

hehehe...

tahniah juga kepada sahabat-sahabat seangkatan yang lain..
nanti belajar elok-elok ye ^___^

masing-masing hebat!

bagi yang masih menunggu tu..
terutama kawan-kawan dari USIM,
sabar dulu yer...
ISnin ni semua rahsia akan terbongkar..

begitu juga kawan-kawan UiTM yang penerapan tu...

sabar banyak-banyak!

Isnin ni jer...

akhir kalam,
tuntutlah imu dari buaian hingga ke liang lahad =)


Thursday 12 July 2012

'GIVEAWAY from IRINBLOGSPOT' :)



Assalamualaikum dan selamat pagi!

hari ini dayah nak kawan-kawan moh join GiveAway from IRINBLOGSPOT..

moh!!!!

senang jer syarat-syaratnya...

boleh hilangkan kegugupan,ke'nervous'an menuggu result ni...

hehehe~
akhir kalam,
sebarkan senyuman....


^_____^

maklumat lanjut,tekan jer dekat sini~

Wednesday 11 July 2012

NO title

Assalamualaikum kawan-kawan..

apa khabar??

ok, hari ini tidak ada apa-apa yang menarik nak ditulis...

sebab...

ana pun tak tahu...

banyak sungguh rasa...

hahaaha...

mungkin keputusan UPU nak keluar tidak lama lagi...

doakan ana ditempatkan di ipta yer~

doa-doa kalian amat ana harapkan..

begitu juga dengan sahabat-sahabat yang seangkatan dengan ana..
good LUCk!!
banyak-banyakkan berdoa...
^____^

inshaAllah,

jika ada rezeki,ana akan menyambung pelajaran ana dalam peringkat ijazah pula...

oleh sebab itu...

apa-apa yang terjadi,kita kena sentiasa positif...

jangan bersangka buruk dengan Allah yer!

senyum =)
tanpa Allah,Siapalah diri kita ini...
kan???

Allah adalah sebaik-baik perancang...

wassalam..