Saturday 5 October 2013

coretan malam

assalamualaikum dan salam sejahtera...

akhirnya dapat juga aku menulis...YEAH!!

almaklumlah, sibuk memanjang.. haha

baru kali ini berkesempatan menjengah dan menyapu sedikit kekotoran dalam ruang blog ini.. kuikui~

sebenarnya banyak benda nak coret kat sini.

tapi terlalu padat dalam otak sampai tak tahu nak mula tang mana..tang sana,situ,sini,sinun, bla..bla..bla


tapi satu perkara yang nak aku ingin sampaikan,
aku nak minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang mengenali diri aku ini ..
andai apabila korang tahu sesuatu tentang aku.....
sesuatu perkara yang aku sendiri rahsiakan.. 
harap korang tak berkecil hati mahupun  berbesar hati.. hehe~

diri ini bukan mahu memohon simpati tetapi memohon pengeritan yang amat mendalam...

aku insan yang serba kekurangan...

kadang-kadang senyuman yang dibiaskan bukanlah senyuman yang asli... 
semuanya sekadar untuk menutup rasa gundah yang menyelubungi diri...


aku harap ukhwah antara kita  bina selama ini tidak akan terputus walau apapun yang terjadi...

semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.. aku tahu Allah tidak akan menimpakan kesusahan, kesulitan mahupun musibah ke atas hambanya melebihi batas had kemampuan hambanya itu..

aku tahu Allah Maha penyayang..

dan lagi satu, 

aku sebagai seorang wanita dan perempuan, *cewah!
ingin menegaskan bahawa kaum-kaum hawa diluar sana, 
jagalah batas pergaulanmu,
kamu yang bernama wanita ini makhluk tuhan yang paling istimewa,
justeru itu,
jika engkau sayangkan ayahmu, abang-abangmu, dan saudara lelakimu,
tutuplah AURATMU...
sesungguhnya wanita solehah itu akan dapat first class kot...


kesimpulannya,

aku bukanlah warak bahkan bukan juga dikategorikan sebagai wanita yang baik-baik...
aku juga punya kelemahan diri,
aku sedang berjuang untuk memperbaiki diri,
memang agak payah untuk terus 'beristiqomah',
untuk itu,
marilah kita bersama-sama berganding bahu,
saling doa mendoakan untuk perubahan ini.

PEACE YO!

wassalam....










Saturday 22 June 2013

FINAL EXAM!

ASSALAMUALAIKUM :)

SAYA cuma nak habaq mai kat sesiapa yang terlalu kat belog ni, bahawasanya, saya akan menduduki FINAL EXAM saya pada 26/6/2013 ini dan akan berakhir pada 14/7/2013. 

MOHON AMPUN dan MAAF andai saya ada terguris perasaan, terkasar bahasa, kurang sopan dan seangkatan dengannya............. *minta ampun sangat-sangat :)*

DOAKAN semoga saya dapat menjawab kertas-kertas soalan dengan rasa tenang dan penuh yakin! 

walaupun cuaca sekarang yang tidak menentu ini..... *aceh! alasan semata je tu~*

walaupun saya tahu ramai dah kawan-kawan saya yang dah habis final exam....eerrmmm *cuma budak UITM je yg tinggal* 

tapi itu semua tak mematahkan semangat kami semua untuk terus berjuang~*dengan izin TUHAN.......







YEAH!!!!


Sunday 9 June 2013

FUH FUH...

Assalamualaikum semua :)

hai lamenye x men"hup-to-date-ing" blog nih..

cewah~

bersepai sepai dah den nengok belog nih...

haha...
x pe, lek-lek sudahlah....


almaklumla, den ni subuk mengalahkn org-org yg ternyata lagi sibuk ....*auta je lebih ni*

x cukup kaki den ni hah...
menyiarap,
menyusur,
berguling,
merangkak..


*ok gurau je tu*

NEXT!!!
hah..................

x lame lgi dah nak masuk bulan yang mulia, bulan "RAMADHAN"...

YEAY!!!!!!

ayuh kita rebut pahala di bulan ramadhan ini..

sekali setahun..jualan runtuh!!!

Dengan izin tuhan,harap-harap kita dapat sambut ramadhan bersama-sama yer pada tahun ini :)

sumber: incik google

PEJAM CELIK PEJAM CELIK,KEJAP JE RASEKAN...

kuliah ad lagi berbaki 2 minggu...eh x, seminggu je la kot..

FINAL pon dah nak dekat...

waaaaaaa~~~@ @

macam-macam perasaan dtg menimpa nih..

buk buk buk..

doakan saya yer ...


insan yang penuh kekurangan ini...

sekian,

salam sayang,

Wassalam :p

Sunday 31 March 2013

keluarga saya

Assalamualaikum :)

Pada pagi yang berbahagia lagikan sunyi sepi ini ,ingin saya nyatakan bahawa saya amat merindui rumah saya. Saya amat mendambakan kasih sayang dari keluarga tersayang pada saat ini. Saya rindu mereka sangat-sangat :(



Semoga mereka sentiasa berada di dalam rahmat dan Kasih sayangNya.
Sampaikan cintaku pada mereka Ya Allah :)

Thursday 14 March 2013

SERABUT!

Salam sejahtera dan salam berbahagia :)

wah!!!!!!!!!!!

semakin hari semakin mencabar,
kewarasan akal yang menjadi tunggak utama,
kalau iman tak kuat, baik gi main jauh-jauh.
 tak pun, pergi muhasabah  diri tu balik.
tak semestinya berada atas tikar sejadah,
tapi kat mana-mana sahaja pun boleh.
Allah tu maha penyayang dan maha mengetahui,
 jangan biar diri kita dibuli orang sesuka hati,
ibarat tong kaca kosong!
bila penuh dengan air, nampak berat,nampak gah!.... 
bila kosong, senang saja nak jatuh... sebab ringan,lepas tu pecah!..


OOOOOOOO!!!!!

kepala berserabut,
wayar-wayar dalam otak makin berselirat,
harap -harap tak putus,

*ayat-ayat yang makin merapu ibarat penyapu*

Sekian,

Ya Allah, permudahkanlah jalan hambamu ini......

Friday 8 March 2013

TUNGGU!!

Hari yang amat memenatkan sepanjang minggu dan mungkin akan berpanjangan entah sampai kapan pun aku tak mengerti...



Bukan sebab terlalu sibuk dengan kepadatan jadual kuliah,

malahan bukan jua kebuluran kerana tidak sempat makan,
bukan juga berhimpit-himpitan di dalam bas,
TETAPI!
 ketidak sanggupan menunggu "gap-gap" yang teramatlah jauh...


ibarat berjalan berkaki ayam tanpa haluan di dalam ketandusan padang pasir yang gersang.......  =,=",





Bukan mengeluh, tetapi itulah hakikat hidup yang harus ditempuh....




SEKIAN.



Monday 18 February 2013

tuNjuK AuTA??

Suatu petang yang cerah dan harmoni ditambah pula dengan bunyi-bunyian daripada kicauan burung,
duduklah seorang kakak dengan adik perempuannya di ruang tamu.Si kakak yang amat bertanggungjawab itu sedang menemani adiknya yang baru berumur 5 tahun itu membuat kerja sekolahnya.Nak dijadikan cerita, kakaknya itu yang amat suka  mempamerkan muka garang  ala-ala guru disiplin, walhal si adik itu  hanya buat muka "toya" aja..... *sabo jelah. 

TIBA-TIBA..............................
Jom kita ikuti dialog di antara kakak dan adiknya itu.


*si adik sedang memegang buku  aktiviti yang terdapat gambar seekor burung HANTU dan KANCIL.(kalo x silap).


Adik:kakak dayah burung HANTU, wawa KANCIL.
kakak: kenapa wawa KANCIL?
Adik: kakak dayah burung HANTU, perangai macam HANTU.
kakak: !@#$%^&*()   hahahahahha~*saboo jelah......



pengajaran: pergh!!! bukan nak kata apa, budak-budak zaman sekarang ni memang power giler....kalo kita ajar x betul,memng cepat "pick-up"nya....... Jadi,didiklah anak-anakmu,adik-adikmu dan sewaktu dengannya dengan perkara-perkara yang baik dan memberi impak yang bagus.



Sekian.




Friday 15 February 2013

Segmen by Fatin Alyaa

Assalamualaikum...... :)

Selamat pagi....acece~

Hah! seperti yang tertera di atas, sesiapa yang berminat untuk menyertai.....JOM!!!
Setahun masa untuk segmen ini.....
Untuk keterangan lebih lanjut, tekan SINI.

Sekian, salam JUMAAT :D

*penghulu segala hari~ banyakkan berdoa dan berzikir kepadaNYA :)*



Wednesday 13 February 2013

Segmen : Saya Sayang Blog Saya by Puteri Mama

Salam sejahtera dan selamat petang kengkawan....... :)

hehehehe...

tadi masa duk bw....jumpa satu post akak ni,
first time jengah blog akk ni....cantik wa kata kat lu ni~
tanpa buang masa, dayah join lah segmen akak ni.........hehe :D


Saya Sayang Blog Saya kerana blog saya ibarat luahan isi hati saya.


Untuk maklumat lanjut, sila halakan cursor anda ke sini....
mekasih...
 

sekian~ :)

BEtul ni......

Assalamualaikum....

nampak bona hah x do kojo ni.....

ngadap belog....pusing sana, pusing sini,golek sane,golek sini...

macam ayam golek .....kui kui~

okey, okey.........


tiba-tiba teringat masa borak-borak ngan ayah semalam......masa tu tengah layan citer Warkah Cinta.
Perbualan yang paling.......... susah den nak koba.... haha~

akak:  yah yah, citer tu siapa yg mati yah? ayah? kenapa sampai dua skali?

ayah: orang yg hidup lah mati.....

akak: memanglah.....tapi SIAPA??? =,="

ayah: *senyum,senyum......... ZzzzZZ


Sebenarnya, memang betul pon jawapan yang ayah dayah bagi ni........ cuma tak menjawab yg sebenar benarnya......haha~ 

YAng hidup pasti akan merasai mati......


sekian....


 







Giveaway by Secret of Shaila

Assalamualaikum........

Moh moh join Giveaway ni!!

syarat-syaratnya sangat senang...*acece~


Favourite blogger saya adalah  kak  Maria Elena.

sekian

Monday 11 February 2013

COnteSt BLog Comel By nabila biela

AssaLamualaikum....

JOm! JOM! jualan H.E.B.A.T !!!!!!!
 

heehehe.... :)



ok, sebelum dayah merepek-repek sambil buat kerepek pisang,keledek,ubi kayu........

Di sini saya nak ajak awak-awak yang comel-comel/handsome-handsome/cantik-cantik ni joinlah Contest Blog Comel  yang dianjurkan oleh seorang pem"blogger" yang awesome!
seyez ni seyez... :D



Untuk keterangan lanjut sila lah teNYehKan Cursor anda di SINI....

sekian.....

SENYUM :D







Thursday 7 February 2013

AKu

Assalamualaikum dan selamat malam :)

Cuti-cuti ni memang kadang-kadang blank tak tahu nak buat apa...*kelip-kelip mata.

Dayah memang anak yang baik..*cewah!!!! sebab tu duduk aje kat rumah.

hehehe....

Sebenarnya, malas nak pergi mana-mana. Memang aktiviti utama kat rumah makan,tidur,tv,laptop.

Kerja sampingan banyak aje sebenarnya...saja nak gebang-gebang~

HAmbik KAu!!!

Sebenarnya nak bagitahu sesiapa yang ada menyinggah kat belog ni..

korang perasan tak blog ini asyik post pasal benda-benda agak islamik, tapi sebenarnya.......

Dayah orangnya biasa-biasa je.....siapa yang kenal tahu lah mcm mana dayah ni.....

kadang-kadang nampak ganas dan lasak~ *wohooo....tipu ni tipu.*

jauh panggang dari api lah senang kata....seyez ni seyez!!

janganlah segan-segan dengan  dayah yer...



hehehe :)




tapi ingat!!
 kita sebagai umat islam,tak kiralah macam mana pun anda-anda.....
buatlah kebaikan tak kira di  mana-mana kita berada....selagi tak bercanggah dengan dengan syariat.
Allah itu maha mengetahui.........
walaupun dengan sepatah ayat......











Friday 18 January 2013

PENYEJUK JIWA ,PENENANG HATI



Ibu,

Satu  perkataan  yang  sungguh  pendek  tetapi  membawa  seribu satu  makna   dan  rahsia,

Hatimu sungguh mulia sekali,

Walaupun hidupmu sering dicerca,dihina, dan dimaki,

Tetapi engkau hanya tersenyum kembali,

Ibarat batu keras besar , kaku ,dan  terus teguh tanpa berperasaan lagi……



Tetapi……

Aku tahu, jauh disudut hatimu itu terselit  jua  rasa kecewa  dan  hampa,

Bagaimanakah  mungkin??

Orang  kau sayangi, yang kau cintai,

Mengkhianati mu!!

Sungguh besar dugaan yang menimpa dirimu,

Aku disini ,hanya mampu melihat tanpa mampu membuat,

Aku disini ,hanya mampu mendoakan dan terus memberi  kata-kata semangat,

Aku tidak kuat sepertimu,

Aku juga tidak segagah sepertimu, wahai ibuku,

Aku juga tidak setabah sepertimu…….



Biarlah cerita ini menjadi pengikat diantara kita,

Kau adalah nyawaku,

Kau adalah jantungku,

Kaulah jua segalanya bagiku,

Ku harap kau jualah ibuku  didunia dan diakhirat kelak,

Tiada sesiapapun yang boleh menandingimu,

Kasih sayangmu sungguh suci dan agung,

Tiada yang lebih bermakna dalam hidupku ,

Selain anugerah terindah  yang dikurniakan oleh Tuhanku,



Iaitu……

IBUKU…….

Thursday 3 January 2013

1/3/2013

Selamat malam dan selamat malam :D

Assalamualaikum...

perrghh, entri pertama untuk tahun 2013 nih...

padahal benda yang nak diceritakan ni cerita tahun lepas punye...hehehe ;p

cerita yang penuh pengajaran....peringatan untuk diri sendiri..

seyez ni seyez...

berlaku dalam bulan 12 ni, akhir-akhir bulan...






tak tau mcm mana nak mula, sebab bila teringat memang menikam menusuk ke kalbu...
 sobsobsob....

sebab diri ini juga tergolong dalam kalangan yang hanya melihat tanpa melakukan apa-apa...


Suatu petang  yang cukup suram dan muram... yelah hujan lebat+kilat+guruh baru lepas  mengeluarkan amarah yang amat sangat....
Sampai kami tersangkut dekat dewan serbaguna melati dalam lebih kurang setengah jam nak tungguh teduh  nya....walhal nak pergi bus stop mawar yang sejengkal ciput jer depan tu je lagi...yelah kan, "mencegah lebih baik dari mengubat".. *paham-paham ler sendiri*

Okey, kemudian, naiklah kami bas rapid yang serba comel dan sejuk! aceh!!! 
Nak poie KL sentral sobona ea... nak balik ngumah hah....*study week.

Dah sampai tu, turunlah kt tempat bas biasa turunkan orangkan... alah,korang mesti tahu kan? kan??

Masa jalan nilah... aku, yan,dan azwa ada terserempak dengan tiga hamba Allah ni. Mereka ni asyik melambai-lambai tangan sahaja kat  tepi jalan raya yang sudah semestinya sesak dengan kenderaan. Dahler hujan renyai-renyai...

Yang sayu hati ini, tiga orang hamba Allah ni semuanya Buta.. bertongkat ...korang tahu x macam mana rasanya aku masa tu?  aku hanya berhenti tapi teragak-agak untuk tolong????? korang tahu tak betapa terkilannya diri ini sebab  kaki ni tidak berjalan terus untuk ke arah pak cik tu???? sedih yang amat sangat :( 

Yang bertambah sayunya hati ni, walaupun dah cuba banyak kali untuk cubaan menahan teksi dengan kudrat mereka sendiri, tidak ada sebuah pon yang berhenti.......Tapi!!!!! aku amat kagum dengan mereka bertiga kerana mereka dapat mengenal pasti bunyi teksi... sebab, setiap kali pak cik tu melambaikan tangan, pasti yang dituju lambaian tu adalah teksi... *Saya tabik dengan pak cik.... 

Cuba korang bayangkan,itu adalah korang??? Apa perasaan korang????mampu tak korang?? 


Alhamdullilah, korang tahu tak siapa yang berhati mulia yang tolong pak cik-pak cik ni??
Aku sendiri amat kagum dengan 2 orang hamba Allah(lelaki) ni..Walaupun luaran mereka macam gengster kampung pisang dan rambutnya........
Tapi hati mereka baik!  Mereka tanpa segan dan silunya pergi ke arah pak cik-pak cik tu ,bertanya....(dalam hujan renyai-renyai). Serius, aku menangis!!!! 

Ya Allah......... betapa aku yang ada paling dekat dengan pak cik itu pun tidak mampu untuk menolong :(
betapa berdosanya aku....

Walhal, masa aku dan kawan-kawan turun daripada bas tu, teramatlah ramai yang turun.Faham-fahamlah apa yang cuba aku cuba untuk sampaikan. Baik yang ala-ala ustaz,ustazah,orang yang lebih sopan,berpendidikan pun hanya  lalu macam tu sahaja. Mungkin mereka tidak nampak apa yang kami nampak.*tak baik berburuk sangka kan???
husnuzhon....


Wallahualam....




Kesimpulannya: janganlah kita menilai seseorang dari luarannya sahaja yer... 
              Sesungguhnya Allah itu lebih tahu apa yang ada dalam hati tiap-tiap makhluk yang diciptaNya.



#DOAKAN KAMI YANG SEDANG PERTEMPUR DALAM PEPERANGAN FINAL EXAM... SEMOGA SEMUA URUSAN DIPERMUDAHKAN.AMIN....#