Thursday 30 August 2012

OGos ;)


Bismillah...

ohooiiii!!!

fufuhhh......~~
rasa macam dah lama kot tak menulis kan? sebelum terlambat, nak ucapkan
SELAmat HAri RAya! ;) Maaf ZahIR dan BAtin..
raya 2012

raya tahun macam biasa la kat Johor.KAmpung mak tuk dan atuk kat sana :)
ada family day(belah ayah) jugak tau! seronok!
dan tahun ini memang ada perkara yang berlaku macam dalam novel!

okey, biarlah tuan badan dan seangkatan saja yang tahu~

esok sudah JUmaat,SebtunyA dah berangkat dah..
*macam jauh jer kan bunyik*

betulkan niat,hati dan sewaktu denganNYa bagi memudahkan proses pebelajaran dan pengajaran yer!

inshaAllah..
kepada kawan2, selamat menyambung bergolek-golek jadi burung hantu yer ;)

chaiyok!!!!!!
hehehe...

Tuesday 14 August 2012

Hargailah Cinta ITu (bhgian 2)

BIsmillah :)

apa khabar? diharap korang sihat walafiat sentiasa...

*nanti lpas puasa boleh sambung gaduh balik! hehe :)*

tengok tajuk mesti dah tahukan apa yang akan dibebelkan petang ini
*ceewwaah*


sahabat yang amat eden sayangi,

"aku amat mencintai engkau keranaNYA :)"

ukhwah fillah abadan abada...

aku ingin menghiasi hubungan kita ini dengan warna-warna cinta!
aha!

seperti tulisan yang ditaip ini,penuh warna warni,baru hidup ini bererti..
inshaAllah~

semoga Allah memberkati hubungan kita semua.Amin...

p/s: terima kasih Arina untuk gambar ini :D


Sunday 12 August 2012

Hargailah Cinta ITu


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...


SAHABAT..

satu perkataan yang membawa seribu erti :)

bermacam-macam definisi.. tetapi yang penting,ianya membawa makna bererti bagi tiap-tiap insan yang pandai menghargainya..

tidak kiralah anda memanggil rakan,kawan,sahabat,friend,dan sebagainyalah...

yang penting sekali,diri anda sendirilah yang memberi maksud apakah dia..
betulkan??

itu pendapat dayahlah..

sahabat atau kawan adalah insan yang terpenting dalam hidup kita selepas ayah dan ibu serta keluarga.
Mereka boleh diibaratkan kaki dan tangan kita :)

jika kaki kita tiada,maka akan lumpuhlah seluruh badan kita.
jika tangan pula tiada.maka akan kudunglah kita dari membuat sesuatu perkara..
terkapai-kapailah kita kelemasan untuk mencari ruang untuk hidup. *cewah*

oleh sebab itu,hargailah persahabatan yang terjalin ini..
eratkanlah kasih sayang diantara kalian..
penuhkanlah dengan bunga-bunga cinta :)
mudah-mudahan berada di atas landasan yang membawa kita ke syurga yang hakiki kelak.
terimalah diri mereka seadanya.*termasuk diri ini*

terkadang,hubungan ini akan ada hujan dan badai yang melanda,
"kusangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari"..
janganlah cepat melatah..OpOCOOooott!!

kadang-kadang tu,adatlah~hehe
gurau-gurau manja...
ini dalam konteks sama jantina yer;)

diri ini pernah saja berada dalam situasi ini..
pernahlah hingga tidak bertegur sebulan lamanya..
Astagfirullah! terukkan??
*sekarang dah insaf :(*

jangan cepat nafsu amarah mengawal kewarasan akal kita..
no! no! no!
patutnya kita selidik dulu..tak kiralah caranya~
asalkan masih dalam keredhaanNYA :)

*orang yang jahat pon nak jugak jadi baik... betulkan??*

jika ingin menceritakan tentang sahabat,pasti sampai ke subuh esok pagi takkan sudah punya..

cukup di sini sahaja,keranan pasti diri ini akan menaip perkara yang lebih kurang sama di kemudian hari..inshaAllah jika diberi peluang hidup di muka bumi ini..

diri ini bukanlah seorang kawan yang baik,malahan sahabat yang setia pun bukanlah saya juga..

diri ini hanya insan yang mengharap insan lain menerima diri ini seadanya..tiada yang hebat tentang diri ini... :)

sesungguhnya Aku Hanya Insan Biasa...

*BERSAHABAT KERANA ALLAH PASTI AKAN MERASA MANISNYA HIDUP INI,
SEMOGA JALINAN INI MEMBAWA KITA KE SYURGA SANA :)*

INShaAllah...

Wednesday 8 August 2012

PAstI !!


"malam ini aku menitiskan air mata untuk tah keberapa kali...

sendu rasa hati ini bila mengenangkan diri ini..

terlalu banyak dosa yang dilakukan..

andai diri aku menghadap Illahi terlebih dahulu,
sudah cukupkah amalanku??

semestinya tidak...

aku insan kerdil yang senantiasa melakukan kesilapan dan dosa..

terkadang-kadang aku sendiri tidak sedar..

mak,ayah..
jika satu hari nanti akak pergi meninggalkan kalian,
janganlah kalian sedih dan meratapi..

tetapi,iringilah anakmu ini dengan senyuman :)

akak redha..

akak lebih rela begini..

Ya Allah, jika suatu hari nanti aku dipanggil menghadapMu terlebih dahulu,
lindungilah kedua ibu bapaku,adikberadikku,keluargaku,sanak saudara serta umat islam sentiasa berada di bawah lembayung rahmatMu..

limpahkanlah Kasih dan SayangMu.."

-akuhanyainsanbiasa-


*sekarang ini sudah tinggal penggal terakhir ramadan..

malam di mana turunnya Lailatul Qadar :)

malam yang lebih baik dari seribu bulan...

rebutlah malam ini...

*Ya Allah,sesungguhnya aku amat bersyukur kerana Engkau telah menyedarkan aku daripada terus tertidur.Sesungguhnya,kepadaMulah tempat aku kembali dan kepadaMu jualah tempat aku minta pertolongan.Bimbingilah insan yang serba hina ini,Ya Allah*


Amin,Amin ya rabb..

*jadi,selagi diberi peluang ini,ayuh bangkit!!!!
jangan pernah disia-siakan...
Allah kan Sayang kita semua :D



Tuesday 7 August 2012

di pertengaHan?? O.o

Assalamualaikum...

hohoi...dah lama jugak la dayah tak update belog ni..

satu perkataan yang tak boleh dipisahkan dari dayah iaitu.."MALas"

hehehe..

wah,kejap kan masa berlalu?

sedar tak sedar,kita dah tinggal berapa hari lagi jer nak berpuasa..

macam mana puasa tahun ni kawan-kawan??

mesti membawa seribu satu makna kan?
kan??

tipu la tu kalau kata tak da pape pon..

sebelum terlupa,

dayah nak ucapkan tahiah kepada Datuk Lee Chong Wei..
kerana menjadi orang pertama yang membawa balik pingat ke Malaysia..

memang struggle gila DLCW masa lawan dengan LD..

dayah tabik la...

TAhniah!




sebenarnya,
dayah rindukan seseorang..

rindu sangat...

hampir setahun lebih tidak ketemu..

mungkin kalau jumpa pun mesti mereka-mereka ni dah malu kot nak berjumpa dayah..

eerrmm...


nak wat cam ne..
budak-budak...

hahaha....

dayah doakan mereka-mereka ini sihat membesar di samping keluarga tersayang..

inshaAllah :)







percaya tak korang, kalau dayah kata..

masa ni,dayah la jadi taiko kat budak bernama "iman rania"
ni berposing gila-gila.

okey,memang tak matang langsung..

hahaha..

ni lah salah satu contohnya :)















seterusnya,

hah..nama dia muaz iskandar.

sedapkan?? seindah maksudnya juga :)

budak ni pun penah kena hacked dengan dayah.

haha..

memang kena dengan sikap dia yang ke"bega-begaan"



*nilah antara kenangan dayah masa penah bekerja di

CIC,Taman Impian Putra,Bangi,Selangor...2011

*sekarang mereka berumur 4tahun


dah nak berbuka,Selamat ber"iftar"
wassalam