Wednesday 12 November 2014

:)


Kenangan lama,
Mengemudi diri,
Ahh...
Alangkah indah,
Jika masa dapat diputar kembali.

*ihsan google
Aku ingin menjadi seperti dahulu,
Menjadi seorang periang, 
Mendamaikan hati yang melihat,
Merasai apa itu erti bahagia.
Apa itu erti cinta,
Apa itu erti kehidupan,
Apa itu erti rindu pada kenangan.

Aku seolah-olah terbuai,
Dengan kenangan itu,
Sperti bunyi ombak,
Yang kedengaran tenang,
Terus menusuk ke sukma.

Aku amat yakin,
Semua itu,
Akan tersemat dalam ingatan,
Takkan sesiapa yang tahu,
Melainkan kau,
Yang sedang membaca,
Secebis tulisanku yang tidak seberapa ini.



Tuesday 21 October 2014

Kenang Kembali



*google ihsan*

Assalamualaikum dan hi! :D

Amacam? comel giloss tak baby monkey tu? hehe..




Lama dah tak merepek repek kat sini... harini tetiba rasa macam nak menaip,makanya terciptalah ruangan ini untuk hari ini.. *bahasa dah campur baur+pening lalat*

muahahaha.....


Sebenarnya,sepanjang bberapa bulan tak "update" blog ni, banyak benda dah berlaku dan kehidupan tetap berjalan seperti biasa.... *errmmm*


*hai awok!!*


Bermula dari sesi "LI" yang bermaksud latihan industri atau nama femes dia Industrial Training..Untuk kos dayah ni, LI ni masa cuti sem...sekejap je~ 2 bulan setengah.. *KO HADO??* masa ni tengah bulan puasa... haha...Mujurlah dapat dekat dengan rumah siap merempit KAU tapi tak ada elaun lah... sobSSss ....

           Alkisahnya,aku memang mohon tempat untuk berpraktikal sikit giler... Tak sampai lima rasanya aku hantar. Alhamdullilah,dapat yang ini, yang lain aku dah tak kisah.Lantaklah apa orang nak kata~Aku pekakkan telinga saja.. memang sengaja mintak hospital,sebab nak rasa persekitaran kerja kat  hospital tu macam mana... *admire giler!*



*Hospital Tampin*
Walaupon berseorangan....nampak macam takda buat keje,tapi aku senyap-senyap dok perati jer macam mana diaorang handle mesin x-ray ni tau.. haha~~

 Almaklumla, hospital baru lagi,tak semua kelengkapan ada kat sepital ni lagi...

Tapi yang penting, roti  canai acik cafe sini mmg thorbaiikk!!
Yang selebihnya biar aku sorang yang tahu...hehehe~
*ini namanya  mesin CR*



KINI......



Bermulalah kisah akusebagai seorang pelajar tahun akhir...*feyuuhh*

banyak onak duri yang kena rempuh dalam tahun akhir ni..*rasa nak nangis!!*

FYP come to mama bebeyh..............





 Doakan yang terbaik untuk dayah yer!!



Akhir kalam, salam sayang aku untuk korang semua...

wassalam ;D



p/s: FYP ni nanti-nanti kita sembang ea~





Sunday 29 June 2014

Hai Ramadhan :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....




Pertama sekali, Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam yang berada di pelosok dunia!  *puasa jangan tak puasa..

  • RAMADHAN KAREEM! bulan penuh rahmat dan keberkatan...kumpul pahala banyak-banyak yok!
  • jangan jadi HANTU pulak!


Kedua, Ramadhan kali ini dayah sedang bergelumang degan final exam..
  • Doakan semoga dayah dapat menjawab soalan dengan lancar dan jayanya..hehe *ayat  skema sikit
  • Ada lagi 3 kertas ni nak kena tempuh ni....


Ketiga, lepas habis je final exam ni... ada LI(latihan industri).
  • Alhamdullilah, dapat yang dekat dengan rumah je.. walaupun dalam hati nak LI dengan kawan-kawan...haha
  • Doakan juga semoga dayah  ber-LI dengan fokusnya. *cewah


itu jelah rasanya  main point untuk kali ini...SEKIAN

salam sayang dari saya,

-hidayahsamiin-

Sunday 4 May 2014

topeng hidup

kadang-kadang aku tak mengerti apa yang bermain di dalam kotak pemikiranmu,
hendak di kata kolot,
tetapi hidup 'up-to-date".

kau ibarat parasit yang membunuh mangsa dalam diam,
kau mengucar kacirkan kehidupan sejagat,
kaulah syaitan bertopengkan manusia!

aku hormati engkau,
tetapi kau sendiri yang telah lenyapkan rasa hormat itu,
apa yang boleh aku buat?
itu jalan yang kau pilih.

siapa engkau untuk mengukur tahap maruah seseorang?
nama sahaja orang yang tahu menjaga adab sopan,
tetapi hati engkau lagi busuk dari bangkai!

tetapi kau harus ingat,
manusia itu ada batas kesabaran,
jangan kau cuba jolok sarang tebuan,
itu umpama engkau menempah maut kau sendiri.

memang benar lidah itu tidak bertulang,
memang benar setiap kata-kata yang keluar dari mulutmu itu ibarat pemanis rasa,
enak rasanya,
sebab apa?

sebabnya...
engkau menebar fitnah sana sini,
tetapi aku bersimpati dengan dirimu,
sebab apa?

sebabnya...
 kain engkau sendiri sudah rabak,
menuggu masa sahaja,
meniti sisa-sisa hidup sahaja,
tetapi engkau tidak sedar akan itu!

tak apa,
akan tiba saatnya nanti,
jangan kau merangkak-rangkak mencari mangsa yang telah kau dajalkan,
dari situ,
baru kau tahu langit itu tinggi ke rendah.

aku di sini hanya mampu  melihat dan tersenyum,
bahkan bertepuk tangan riang suka hati,
sebab apa?

sebab akhirnya semua perbuatan engkau selama ini  terbalas juga akhirnya...
-hidayahsamiin-