Friday 18 January 2013

PENYEJUK JIWA ,PENENANG HATI



Ibu,

Satu  perkataan  yang  sungguh  pendek  tetapi  membawa  seribu satu  makna   dan  rahsia,

Hatimu sungguh mulia sekali,

Walaupun hidupmu sering dicerca,dihina, dan dimaki,

Tetapi engkau hanya tersenyum kembali,

Ibarat batu keras besar , kaku ,dan  terus teguh tanpa berperasaan lagi……



Tetapi……

Aku tahu, jauh disudut hatimu itu terselit  jua  rasa kecewa  dan  hampa,

Bagaimanakah  mungkin??

Orang  kau sayangi, yang kau cintai,

Mengkhianati mu!!

Sungguh besar dugaan yang menimpa dirimu,

Aku disini ,hanya mampu melihat tanpa mampu membuat,

Aku disini ,hanya mampu mendoakan dan terus memberi  kata-kata semangat,

Aku tidak kuat sepertimu,

Aku juga tidak segagah sepertimu, wahai ibuku,

Aku juga tidak setabah sepertimu…….



Biarlah cerita ini menjadi pengikat diantara kita,

Kau adalah nyawaku,

Kau adalah jantungku,

Kaulah jua segalanya bagiku,

Ku harap kau jualah ibuku  didunia dan diakhirat kelak,

Tiada sesiapapun yang boleh menandingimu,

Kasih sayangmu sungguh suci dan agung,

Tiada yang lebih bermakna dalam hidupku ,

Selain anugerah terindah  yang dikurniakan oleh Tuhanku,



Iaitu……

IBUKU…….

3 comments:

sibuta sibisu said...

hohoi dayah. follow me *YouKnowWho* ;)

Unknown said...

sedih bait-bait kata ni.. huhu. sampai ke lubuk hati.. I love my mom :)

Dyah said...

i love mymom too~