Ibu,
Satu
perkataan yang sungguh
pendek tetapi membawa
seribu satu makna dan
rahsia,
Hatimu sungguh mulia sekali,
Walaupun hidupmu sering dicerca,dihina,
dan dimaki,
Tetapi engkau hanya tersenyum kembali,
Ibarat batu keras besar , kaku ,dan terus teguh tanpa berperasaan lagi……
Tetapi……
Aku tahu, jauh disudut hatimu itu
terselit jua rasa kecewa
dan hampa,
Bagaimanakah mungkin??
Orang
kau sayangi, yang kau cintai,
Mengkhianati mu!!
Sungguh besar dugaan yang menimpa dirimu,
Aku disini ,hanya mampu melihat tanpa
mampu membuat,
Aku disini ,hanya mampu mendoakan dan
terus memberi kata-kata semangat,
Aku tidak kuat sepertimu,
Aku juga tidak segagah sepertimu, wahai
ibuku,
Aku juga tidak setabah sepertimu…….
Biarlah cerita ini menjadi pengikat
diantara kita,
Kau adalah nyawaku,
Kau adalah jantungku,
Kaulah jua segalanya bagiku,
Ku harap kau jualah ibuku didunia dan diakhirat kelak,
Tiada sesiapapun yang boleh menandingimu,
Kasih sayangmu sungguh suci dan agung,
Tiada yang lebih bermakna dalam hidupku ,
Selain anugerah terindah yang dikurniakan oleh Tuhanku,
Iaitu……
IBUKU…….
3 comments:
hohoi dayah. follow me *YouKnowWho* ;)
sedih bait-bait kata ni.. huhu. sampai ke lubuk hati.. I love my mom :)
i love mymom too~
Post a Comment