hendak di kata kolot,
tetapi hidup 'up-to-date".
kau ibarat parasit yang membunuh mangsa dalam diam,
kau mengucar kacirkan kehidupan sejagat,
kaulah syaitan bertopengkan manusia!
aku hormati engkau,
tetapi kau sendiri yang telah lenyapkan rasa hormat itu,
apa yang boleh aku buat?
itu jalan yang kau pilih.
siapa engkau untuk mengukur tahap maruah seseorang?
nama sahaja orang yang tahu menjaga adab sopan,
tetapi hati engkau lagi busuk dari bangkai!
tetapi kau harus ingat,
manusia itu ada batas kesabaran,
jangan kau cuba jolok sarang tebuan,
itu umpama engkau menempah maut kau sendiri.
memang benar lidah itu tidak bertulang,
memang benar setiap kata-kata yang keluar dari mulutmu itu ibarat pemanis rasa,
enak rasanya,
sebab apa?
sebabnya...
engkau menebar fitnah sana sini,
tetapi aku bersimpati dengan dirimu,
sebab apa?
sebabnya...
kain engkau sendiri sudah rabak,
menuggu masa sahaja,
meniti sisa-sisa hidup sahaja,
tetapi engkau tidak sedar akan itu!
tak apa,
akan tiba saatnya nanti,
jangan kau merangkak-rangkak mencari mangsa yang telah kau dajalkan,
dari situ,
baru kau tahu langit itu tinggi ke rendah.
aku di sini hanya mampu melihat dan tersenyum,
bahkan bertepuk tangan riang suka hati,
sebab apa?
sebab akhirnya semua perbuatan engkau selama ini terbalas juga akhirnya...
-hidayahsamiin-