Sunday, 29 June 2014

Hai Ramadhan :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....




Pertama sekali, Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam yang berada di pelosok dunia!  *puasa jangan tak puasa..

  • RAMADHAN KAREEM! bulan penuh rahmat dan keberkatan...kumpul pahala banyak-banyak yok!
  • jangan jadi HANTU pulak!


Kedua, Ramadhan kali ini dayah sedang bergelumang degan final exam..
  • Doakan semoga dayah dapat menjawab soalan dengan lancar dan jayanya..hehe *ayat  skema sikit
  • Ada lagi 3 kertas ni nak kena tempuh ni....


Ketiga, lepas habis je final exam ni... ada LI(latihan industri).
  • Alhamdullilah, dapat yang dekat dengan rumah je.. walaupun dalam hati nak LI dengan kawan-kawan...haha
  • Doakan juga semoga dayah  ber-LI dengan fokusnya. *cewah


itu jelah rasanya  main point untuk kali ini...SEKIAN

salam sayang dari saya,

-hidayahsamiin-

Sunday, 4 May 2014

topeng hidup

kadang-kadang aku tak mengerti apa yang bermain di dalam kotak pemikiranmu,
hendak di kata kolot,
tetapi hidup 'up-to-date".

kau ibarat parasit yang membunuh mangsa dalam diam,
kau mengucar kacirkan kehidupan sejagat,
kaulah syaitan bertopengkan manusia!

aku hormati engkau,
tetapi kau sendiri yang telah lenyapkan rasa hormat itu,
apa yang boleh aku buat?
itu jalan yang kau pilih.

siapa engkau untuk mengukur tahap maruah seseorang?
nama sahaja orang yang tahu menjaga adab sopan,
tetapi hati engkau lagi busuk dari bangkai!

tetapi kau harus ingat,
manusia itu ada batas kesabaran,
jangan kau cuba jolok sarang tebuan,
itu umpama engkau menempah maut kau sendiri.

memang benar lidah itu tidak bertulang,
memang benar setiap kata-kata yang keluar dari mulutmu itu ibarat pemanis rasa,
enak rasanya,
sebab apa?

sebabnya...
engkau menebar fitnah sana sini,
tetapi aku bersimpati dengan dirimu,
sebab apa?

sebabnya...
 kain engkau sendiri sudah rabak,
menuggu masa sahaja,
meniti sisa-sisa hidup sahaja,
tetapi engkau tidak sedar akan itu!

tak apa,
akan tiba saatnya nanti,
jangan kau merangkak-rangkak mencari mangsa yang telah kau dajalkan,
dari situ,
baru kau tahu langit itu tinggi ke rendah.

aku di sini hanya mampu  melihat dan tersenyum,
bahkan bertepuk tangan riang suka hati,
sebab apa?

sebab akhirnya semua perbuatan engkau selama ini  terbalas juga akhirnya...
-hidayahsamiin-

Saturday, 5 October 2013

coretan malam

assalamualaikum dan salam sejahtera...

akhirnya dapat juga aku menulis...YEAH!!

almaklumlah, sibuk memanjang.. haha

baru kali ini berkesempatan menjengah dan menyapu sedikit kekotoran dalam ruang blog ini.. kuikui~

sebenarnya banyak benda nak coret kat sini.

tapi terlalu padat dalam otak sampai tak tahu nak mula tang mana..tang sana,situ,sini,sinun, bla..bla..bla


tapi satu perkara yang nak aku ingin sampaikan,
aku nak minta maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang mengenali diri aku ini ..
andai apabila korang tahu sesuatu tentang aku.....
sesuatu perkara yang aku sendiri rahsiakan.. 
harap korang tak berkecil hati mahupun  berbesar hati.. hehe~

diri ini bukan mahu memohon simpati tetapi memohon pengeritan yang amat mendalam...

aku insan yang serba kekurangan...

kadang-kadang senyuman yang dibiaskan bukanlah senyuman yang asli... 
semuanya sekadar untuk menutup rasa gundah yang menyelubungi diri...


aku harap ukhwah antara kita  bina selama ini tidak akan terputus walau apapun yang terjadi...

semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.. aku tahu Allah tidak akan menimpakan kesusahan, kesulitan mahupun musibah ke atas hambanya melebihi batas had kemampuan hambanya itu..

aku tahu Allah Maha penyayang..

dan lagi satu, 

aku sebagai seorang wanita dan perempuan, *cewah!
ingin menegaskan bahawa kaum-kaum hawa diluar sana, 
jagalah batas pergaulanmu,
kamu yang bernama wanita ini makhluk tuhan yang paling istimewa,
justeru itu,
jika engkau sayangkan ayahmu, abang-abangmu, dan saudara lelakimu,
tutuplah AURATMU...
sesungguhnya wanita solehah itu akan dapat first class kot...


kesimpulannya,

aku bukanlah warak bahkan bukan juga dikategorikan sebagai wanita yang baik-baik...
aku juga punya kelemahan diri,
aku sedang berjuang untuk memperbaiki diri,
memang agak payah untuk terus 'beristiqomah',
untuk itu,
marilah kita bersama-sama berganding bahu,
saling doa mendoakan untuk perubahan ini.

PEACE YO!

wassalam....