Thursday, 14 March 2013

SERABUT!

Salam sejahtera dan salam berbahagia :)

wah!!!!!!!!!!!

semakin hari semakin mencabar,
kewarasan akal yang menjadi tunggak utama,
kalau iman tak kuat, baik gi main jauh-jauh.
 tak pun, pergi muhasabah  diri tu balik.
tak semestinya berada atas tikar sejadah,
tapi kat mana-mana sahaja pun boleh.
Allah tu maha penyayang dan maha mengetahui,
 jangan biar diri kita dibuli orang sesuka hati,
ibarat tong kaca kosong!
bila penuh dengan air, nampak berat,nampak gah!.... 
bila kosong, senang saja nak jatuh... sebab ringan,lepas tu pecah!..


OOOOOOOO!!!!!

kepala berserabut,
wayar-wayar dalam otak makin berselirat,
harap -harap tak putus,

*ayat-ayat yang makin merapu ibarat penyapu*

Sekian,

Ya Allah, permudahkanlah jalan hambamu ini......

Friday, 8 March 2013

TUNGGU!!

Hari yang amat memenatkan sepanjang minggu dan mungkin akan berpanjangan entah sampai kapan pun aku tak mengerti...



Bukan sebab terlalu sibuk dengan kepadatan jadual kuliah,

malahan bukan jua kebuluran kerana tidak sempat makan,
bukan juga berhimpit-himpitan di dalam bas,
TETAPI!
 ketidak sanggupan menunggu "gap-gap" yang teramatlah jauh...


ibarat berjalan berkaki ayam tanpa haluan di dalam ketandusan padang pasir yang gersang.......  =,=",





Bukan mengeluh, tetapi itulah hakikat hidup yang harus ditempuh....




SEKIAN.



Monday, 18 February 2013

tuNjuK AuTA??

Suatu petang yang cerah dan harmoni ditambah pula dengan bunyi-bunyian daripada kicauan burung,
duduklah seorang kakak dengan adik perempuannya di ruang tamu.Si kakak yang amat bertanggungjawab itu sedang menemani adiknya yang baru berumur 5 tahun itu membuat kerja sekolahnya.Nak dijadikan cerita, kakaknya itu yang amat suka  mempamerkan muka garang  ala-ala guru disiplin, walhal si adik itu  hanya buat muka "toya" aja..... *sabo jelah. 

TIBA-TIBA..............................
Jom kita ikuti dialog di antara kakak dan adiknya itu.


*si adik sedang memegang buku  aktiviti yang terdapat gambar seekor burung HANTU dan KANCIL.(kalo x silap).


Adik:kakak dayah burung HANTU, wawa KANCIL.
kakak: kenapa wawa KANCIL?
Adik: kakak dayah burung HANTU, perangai macam HANTU.
kakak: !@#$%^&*()   hahahahahha~*saboo jelah......



pengajaran: pergh!!! bukan nak kata apa, budak-budak zaman sekarang ni memang power giler....kalo kita ajar x betul,memng cepat "pick-up"nya....... Jadi,didiklah anak-anakmu,adik-adikmu dan sewaktu dengannya dengan perkara-perkara yang baik dan memberi impak yang bagus.



Sekian.