Monday, 11 February 2013

COnteSt BLog Comel By nabila biela

AssaLamualaikum....

JOm! JOM! jualan H.E.B.A.T !!!!!!!
 

heehehe.... :)



ok, sebelum dayah merepek-repek sambil buat kerepek pisang,keledek,ubi kayu........

Di sini saya nak ajak awak-awak yang comel-comel/handsome-handsome/cantik-cantik ni joinlah Contest Blog Comel  yang dianjurkan oleh seorang pem"blogger" yang awesome!
seyez ni seyez... :D



Untuk keterangan lanjut sila lah teNYehKan Cursor anda di SINI....

sekian.....

SENYUM :D







Thursday, 7 February 2013

AKu

Assalamualaikum dan selamat malam :)

Cuti-cuti ni memang kadang-kadang blank tak tahu nak buat apa...*kelip-kelip mata.

Dayah memang anak yang baik..*cewah!!!! sebab tu duduk aje kat rumah.

hehehe....

Sebenarnya, malas nak pergi mana-mana. Memang aktiviti utama kat rumah makan,tidur,tv,laptop.

Kerja sampingan banyak aje sebenarnya...saja nak gebang-gebang~

HAmbik KAu!!!

Sebenarnya nak bagitahu sesiapa yang ada menyinggah kat belog ni..

korang perasan tak blog ini asyik post pasal benda-benda agak islamik, tapi sebenarnya.......

Dayah orangnya biasa-biasa je.....siapa yang kenal tahu lah mcm mana dayah ni.....

kadang-kadang nampak ganas dan lasak~ *wohooo....tipu ni tipu.*

jauh panggang dari api lah senang kata....seyez ni seyez!!

janganlah segan-segan dengan  dayah yer...



hehehe :)




tapi ingat!!
 kita sebagai umat islam,tak kiralah macam mana pun anda-anda.....
buatlah kebaikan tak kira di  mana-mana kita berada....selagi tak bercanggah dengan dengan syariat.
Allah itu maha mengetahui.........
walaupun dengan sepatah ayat......











Friday, 18 January 2013

PENYEJUK JIWA ,PENENANG HATI



Ibu,

Satu  perkataan  yang  sungguh  pendek  tetapi  membawa  seribu satu  makna   dan  rahsia,

Hatimu sungguh mulia sekali,

Walaupun hidupmu sering dicerca,dihina, dan dimaki,

Tetapi engkau hanya tersenyum kembali,

Ibarat batu keras besar , kaku ,dan  terus teguh tanpa berperasaan lagi……



Tetapi……

Aku tahu, jauh disudut hatimu itu terselit  jua  rasa kecewa  dan  hampa,

Bagaimanakah  mungkin??

Orang  kau sayangi, yang kau cintai,

Mengkhianati mu!!

Sungguh besar dugaan yang menimpa dirimu,

Aku disini ,hanya mampu melihat tanpa mampu membuat,

Aku disini ,hanya mampu mendoakan dan terus memberi  kata-kata semangat,

Aku tidak kuat sepertimu,

Aku juga tidak segagah sepertimu, wahai ibuku,

Aku juga tidak setabah sepertimu…….



Biarlah cerita ini menjadi pengikat diantara kita,

Kau adalah nyawaku,

Kau adalah jantungku,

Kaulah jua segalanya bagiku,

Ku harap kau jualah ibuku  didunia dan diakhirat kelak,

Tiada sesiapapun yang boleh menandingimu,

Kasih sayangmu sungguh suci dan agung,

Tiada yang lebih bermakna dalam hidupku ,

Selain anugerah terindah  yang dikurniakan oleh Tuhanku,



Iaitu……

IBUKU…….