Assalamualaikum dan selamat malam :)
Cuti-cuti ni memang kadang-kadang blank tak tahu nak buat apa...*kelip-kelip mata.
Dayah memang anak yang baik..*cewah!!!! sebab tu duduk aje kat rumah.
hehehe....
Sebenarnya, malas nak pergi mana-mana. Memang aktiviti utama kat rumah makan,tidur,tv,laptop.
Kerja sampingan banyak aje sebenarnya...saja nak gebang-gebang~
HAmbik KAu!!!
Sebenarnya nak bagitahu sesiapa yang ada menyinggah kat belog ni..
korang perasan tak blog ini asyik post pasal benda-benda agak islamik, tapi sebenarnya.......
Dayah orangnya biasa-biasa je.....siapa yang kenal tahu lah mcm mana dayah ni.....
kadang-kadang nampak ganas dan lasak~ *wohooo....tipu ni tipu.*
jauh panggang dari api lah senang kata....seyez ni seyez!!
janganlah segan-segan dengan dayah yer...
hehehe :)
tapi ingat!!
kita sebagai umat islam,tak kiralah macam mana pun anda-anda.....
buatlah kebaikan tak kira di mana-mana kita berada....selagi tak bercanggah dengan dengan syariat.
Allah itu maha mengetahui.........
walaupun dengan sepatah ayat......
Thursday, 7 February 2013
Friday, 18 January 2013
PENYEJUK JIWA ,PENENANG HATI
Ibu,
Satu
perkataan yang sungguh
pendek tetapi membawa
seribu satu makna dan
rahsia,
Hatimu sungguh mulia sekali,
Walaupun hidupmu sering dicerca,dihina,
dan dimaki,
Tetapi engkau hanya tersenyum kembali,
Ibarat batu keras besar , kaku ,dan terus teguh tanpa berperasaan lagi……
Tetapi……
Aku tahu, jauh disudut hatimu itu
terselit jua rasa kecewa
dan hampa,
Bagaimanakah mungkin??
Orang
kau sayangi, yang kau cintai,
Mengkhianati mu!!
Sungguh besar dugaan yang menimpa dirimu,
Aku disini ,hanya mampu melihat tanpa
mampu membuat,
Aku disini ,hanya mampu mendoakan dan
terus memberi kata-kata semangat,
Aku tidak kuat sepertimu,
Aku juga tidak segagah sepertimu, wahai
ibuku,
Aku juga tidak setabah sepertimu…….
Biarlah cerita ini menjadi pengikat
diantara kita,
Kau adalah nyawaku,
Kau adalah jantungku,
Kaulah jua segalanya bagiku,
Ku harap kau jualah ibuku didunia dan diakhirat kelak,
Tiada sesiapapun yang boleh menandingimu,
Kasih sayangmu sungguh suci dan agung,
Tiada yang lebih bermakna dalam hidupku ,
Selain anugerah terindah yang dikurniakan oleh Tuhanku,
Iaitu……
IBUKU…….
Thursday, 3 January 2013
1/3/2013
Selamat malam dan selamat malam :D
Assalamualaikum...
perrghh, entri pertama untuk tahun 2013 nih...
padahal benda yang nak diceritakan ni cerita tahun lepas punye...hehehe ;p
cerita yang penuh pengajaran....peringatan untuk diri sendiri..
seyez ni seyez...
berlaku dalam bulan 12 ni, akhir-akhir bulan...
tak tau mcm mana nak mula, sebab bila teringat memang menikam menusuk ke kalbu...
sobsobsob....
sebab diri ini juga tergolong dalam kalangan yang hanya melihat tanpa melakukan apa-apa...
Suatu petang yang cukup suram dan muram... yelah hujan lebat+kilat+guruh baru lepas mengeluarkan amarah yang amat sangat....
Sampai kami tersangkut dekat dewan serbaguna melati dalam lebih kurang setengah jam nak tungguh teduh nya....walhal nak pergi bus stop mawar yang sejengkal ciput jer depan tu je lagi...yelah kan, "mencegah lebih baik dari mengubat".. *paham-paham ler sendiri*
Okey, kemudian, naiklah kami bas rapid yang serba comel dan sejuk! aceh!!!
Nak poie KL sentral sobona ea... nak balik ngumah hah....*study week.
Dah sampai tu, turunlah kt tempat bas biasa turunkan orangkan... alah,korang mesti tahu kan? kan??
Masa jalan nilah... aku, yan,dan azwa ada terserempak dengan tiga hamba Allah ni. Mereka ni asyik melambai-lambai tangan sahaja kat tepi jalan raya yang sudah semestinya sesak dengan kenderaan. Dahler hujan renyai-renyai...
Yang sayu hati ini, tiga orang hamba Allah ni semuanya Buta.. bertongkat ...korang tahu x macam mana rasanya aku masa tu? aku hanya berhenti tapi teragak-agak untuk tolong????? korang tahu tak betapa terkilannya diri ini sebab kaki ni tidak berjalan terus untuk ke arah pak cik tu???? sedih yang amat sangat :(
Yang bertambah sayunya hati ni, walaupun dah cuba banyak kali untuk cubaan menahan teksi dengan kudrat mereka sendiri, tidak ada sebuah pon yang berhenti.......Tapi!!!!! aku amat kagum dengan mereka bertiga kerana mereka dapat mengenal pasti bunyi teksi... sebab, setiap kali pak cik tu melambaikan tangan, pasti yang dituju lambaian tu adalah teksi... *Saya tabik dengan pak cik....
Cuba korang bayangkan,itu adalah korang??? Apa perasaan korang????mampu tak korang??
Alhamdullilah, korang tahu tak siapa yang berhati mulia yang tolong pak cik-pak cik ni??
Aku sendiri amat kagum dengan 2 orang hamba Allah(lelaki) ni..Walaupun luaran mereka macam gengster kampung pisang dan rambutnya........
Tapi hati mereka baik! Mereka tanpa segan dan silunya pergi ke arah pak cik-pak cik tu ,bertanya....(dalam hujan renyai-renyai). Serius, aku menangis!!!!
Ya Allah......... betapa aku yang ada paling dekat dengan pak cik itu pun tidak mampu untuk menolong :(
betapa berdosanya aku....
Walhal, masa aku dan kawan-kawan turun daripada bas tu, teramatlah ramai yang turun.Faham-fahamlah apa yang cuba aku cuba untuk sampaikan. Baik yang ala-ala ustaz,ustazah,orang yang lebih sopan,berpendidikan pun hanya lalu macam tu sahaja. Mungkin mereka tidak nampak apa yang kami nampak.*tak baik berburuk sangka kan???
husnuzhon....
husnuzhon....
Wallahualam....
Kesimpulannya: janganlah kita menilai seseorang dari luarannya sahaja yer...
Sesungguhnya Allah itu lebih tahu apa yang ada dalam hati tiap-tiap makhluk yang diciptaNya.
#DOAKAN KAMI YANG SEDANG PERTEMPUR DALAM PEPERANGAN FINAL EXAM... SEMOGA SEMUA URUSAN DIPERMUDAHKAN.AMIN....#
Subscribe to:
Posts (Atom)

