Thursday, 3 January 2013

1/3/2013

Selamat malam dan selamat malam :D

Assalamualaikum...

perrghh, entri pertama untuk tahun 2013 nih...

padahal benda yang nak diceritakan ni cerita tahun lepas punye...hehehe ;p

cerita yang penuh pengajaran....peringatan untuk diri sendiri..

seyez ni seyez...

berlaku dalam bulan 12 ni, akhir-akhir bulan...






tak tau mcm mana nak mula, sebab bila teringat memang menikam menusuk ke kalbu...
 sobsobsob....

sebab diri ini juga tergolong dalam kalangan yang hanya melihat tanpa melakukan apa-apa...


Suatu petang  yang cukup suram dan muram... yelah hujan lebat+kilat+guruh baru lepas  mengeluarkan amarah yang amat sangat....
Sampai kami tersangkut dekat dewan serbaguna melati dalam lebih kurang setengah jam nak tungguh teduh  nya....walhal nak pergi bus stop mawar yang sejengkal ciput jer depan tu je lagi...yelah kan, "mencegah lebih baik dari mengubat".. *paham-paham ler sendiri*

Okey, kemudian, naiklah kami bas rapid yang serba comel dan sejuk! aceh!!! 
Nak poie KL sentral sobona ea... nak balik ngumah hah....*study week.

Dah sampai tu, turunlah kt tempat bas biasa turunkan orangkan... alah,korang mesti tahu kan? kan??

Masa jalan nilah... aku, yan,dan azwa ada terserempak dengan tiga hamba Allah ni. Mereka ni asyik melambai-lambai tangan sahaja kat  tepi jalan raya yang sudah semestinya sesak dengan kenderaan. Dahler hujan renyai-renyai...

Yang sayu hati ini, tiga orang hamba Allah ni semuanya Buta.. bertongkat ...korang tahu x macam mana rasanya aku masa tu?  aku hanya berhenti tapi teragak-agak untuk tolong????? korang tahu tak betapa terkilannya diri ini sebab  kaki ni tidak berjalan terus untuk ke arah pak cik tu???? sedih yang amat sangat :( 

Yang bertambah sayunya hati ni, walaupun dah cuba banyak kali untuk cubaan menahan teksi dengan kudrat mereka sendiri, tidak ada sebuah pon yang berhenti.......Tapi!!!!! aku amat kagum dengan mereka bertiga kerana mereka dapat mengenal pasti bunyi teksi... sebab, setiap kali pak cik tu melambaikan tangan, pasti yang dituju lambaian tu adalah teksi... *Saya tabik dengan pak cik.... 

Cuba korang bayangkan,itu adalah korang??? Apa perasaan korang????mampu tak korang?? 


Alhamdullilah, korang tahu tak siapa yang berhati mulia yang tolong pak cik-pak cik ni??
Aku sendiri amat kagum dengan 2 orang hamba Allah(lelaki) ni..Walaupun luaran mereka macam gengster kampung pisang dan rambutnya........
Tapi hati mereka baik!  Mereka tanpa segan dan silunya pergi ke arah pak cik-pak cik tu ,bertanya....(dalam hujan renyai-renyai). Serius, aku menangis!!!! 

Ya Allah......... betapa aku yang ada paling dekat dengan pak cik itu pun tidak mampu untuk menolong :(
betapa berdosanya aku....

Walhal, masa aku dan kawan-kawan turun daripada bas tu, teramatlah ramai yang turun.Faham-fahamlah apa yang cuba aku cuba untuk sampaikan. Baik yang ala-ala ustaz,ustazah,orang yang lebih sopan,berpendidikan pun hanya  lalu macam tu sahaja. Mungkin mereka tidak nampak apa yang kami nampak.*tak baik berburuk sangka kan???
husnuzhon....


Wallahualam....




Kesimpulannya: janganlah kita menilai seseorang dari luarannya sahaja yer... 
              Sesungguhnya Allah itu lebih tahu apa yang ada dalam hati tiap-tiap makhluk yang diciptaNya.



#DOAKAN KAMI YANG SEDANG PERTEMPUR DALAM PEPERANGAN FINAL EXAM... SEMOGA SEMUA URUSAN DIPERMUDAHKAN.AMIN....#

Monday, 26 November 2012

harI ini

Assalamualaikum  :)

wah,dah hampir bersepai dah blog ni..hehehe~

x terurus!

tuan badan sibuk ..cehh... almaklumlah,lagi 3 minggu jer nak habis sem 1..lepas tu ,kena pulun habis-habis untuk final yang tak lama lagi nak menjengah...

memang banyak perkara yang dah berlaku sekarang ni kan??

 keganasan semakin berleluasa,

yang lemah ditindas,

yang kuat mula menunjukkan taring,
*kalah raja bersiung =,=

yang benar dikata dusta,

yang dusta dikata bagus....

dunia akhir zaman..



ingatlah,dunia ni makin tua.
 aku juga tergolong dalam umat akhir zaman...

sudah sediakah kita???






p/s: doa senjata mukmin :) 
selalu..selalu.. dan selalulah berdoa..
.mereka adalah saudara kita...

Allah itu maha mendengar :)




Tuesday, 6 November 2012

membebel :)


Salam:)
long time no see..ahha!
dayah sibuk giler-giler skrg ni...kalah PM kita tau...haha
biaselah,dah jadi tugasan jadi seorang pelajar...kerjanya adalah belajar....

banyak kerja dengan assignment, presentation,kuiz, test...
bilalagikan kita nak merasa kalau bukan sekarang kan??
eerrmm,sok sok kalau dah keje dah x merasa dah....
tu sebab,apa-apa pun yang terjadi sekarang ni...redah aje!
Go Go!!!

pengalaman tu yang penting....
belajar tu merupakan satu jihad....ingat tu~ belajar kerana Allah,bukan sebab nak dapat nama...
ikut jalan lurus,jangan bengkok-bengkok...nanti pening kepala padan muka~
haha...


cehhhhh.....
sumber:buku:)
oklah...makin bertambah merapu yer blog ni makin lama...
mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki....
jom sambung buat kerja yang tergendala ni....haha
wassalam...

<--------------pesanan sampingan..hehe~